Berita Semasa
|
Aktiviti Terbaru
|
1 year ago | Kategori: Aktiviti | Kawasan: Surau Saidina Abu Bakar
Untuk makluman semua ahli kariah Apartmen Bayu, Surau Khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah dikhianati oleh pihak tertentu pada minggu lepas. Pintu hadapan dan belakang surau telah dibaling beberapa biji TELUR BUSUK dan WAYAR SPEAKER untuk memperdengarkan azan telah dipotong. Berikutan kejadian tersebut, satu laporan polis telah dibuat dan kes ini sedang dalam siasatan.
Sehubungan itu, pihak Surau Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ingin meminta semua ahli kariah agar dapat hadir solat maghrib berjemaah pada 29 Mac 2012 ini. selepas itu kita adakan mengadakan solat hajat, bacaan yassin dan doa untuk memohon daripada ALLAH SWT melindungi surau kita daripada sebarang gangguan khianat dan ...
Read more |
1 year ago
1 year ago | Kategori: Berita Semasa | Kawasan: Surau Saidina Abu Bakar

Berikut adalah salinan laporan polis insiden tersebut:
Read more |
1 year ago
1 year ago | Kategori: Berita Semasa | Kawasan: Apartmen Bayu
Kami akan menjalankan semburan kabus nyamuk (Fogging) di kawasan Apartmen Bayu. Penyemburan kabus nyamuk (Fogging) akan dijalankan di seluruh kawasan Apartmen Bayu pada masa dan tarikh seperti berikut:
Tarikh: 28 Mac 2012Masa: 6:00 petang
Dengan ini pihak kami berharap agar semua penghuni dapat memberi kerjasama kepada pekerja yang menjalankan semburan kabus nyamuk pada masa tersebut.
Segala kesulitan amat dikesali. Kerjasama anda amat dihargai.
Terima kasih.
Read more |
1 year ago
1 year ago | Kategori: Berita Semasa | Kawasan: Apartmen Bayu
Gangguan bekalan air kerana kerja-kerja pencucian tangki.
Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja pencucian tangki air akan dijalankan mengikut jadual berikut:
Tarikh
Masa
Blok
Tangga
Selasa(27/03/2012)
8 pagi- 10 malam
C & G
C1, C2, G2 & G3
Rabu(28/03/2012)
8 pagi- 10 malam
B
B1, B2, B3 & B4
Khamis(29/03/2012)
8 pagi- 10 malam
A
A2, A3 & A4
Jumaat(30/03/2012)
8 pagi- 10 malam
A
A5, A6 & A7
Semua penduduk diminta memberi kerjasama ketika kerja-kerja mencuci tangki sedang dijalankan dan dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya dalam tempoh tersebut.
Sebarang kesulitan amat dikesali.
Read more |
1 year ago
1 year ago | Kategori: Aktiviti | Kawasan: Masjid Al Muhtadin
Pendaftaran Anak Kariah Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai
Tarikh pendaftaran: 14-03-2012 - 29-03-2012Kelayakan: 18 tahun ke atas (Warganegara Malaysia)
Borang pendaftaran boleh diperoleh melalui jawatankuasa Masjid Al-Muhtadin dan surau-surau di sekitar Damansara Damai
Read more |
1 year ago
1 year ago | Kategori: Aktiviti | Kawasan: Masjid Al Muhtadin
Kuliah Maghrib Perdana
Penceramah: YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi AwangTarikh: 26 Mac 2012 (Isnin)Masa: 7:30 malamTempat: Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai
Read more |
1 year ago
1 year ago | Kategori: Berita Semasa | Kawasan: Apartmen Bayu
Kami akan menjalankan semburan kabus nyamuk (Fogging) di kawasan Apartmen Bayu. Penyemburan kabus nyamuk (Fogging) akan dijalankan di seluruh kawasan Apartmen Bayu pada masa dan tarikh seperti berikut:
Tarikh: 13 Mac 2012Masa: 6:00 petang
Dengan ini pihak kami berharap agar semua penghuni dapat memberi kerjasama kepada pekerja yang menjalankan semburan kabus nyamuk pada masa tersebut.
Segala kesulitan amat dikesali. Kerjasama anda amat dihargai.
Terima kasih.
Read more |
1 year ago
1 year ago | Kategori: Berita Semasa | Kawasan: Masjid Al Muhtadin

Jadual bagi majlis ilmu bagi sepanjang bulan Mac 2012 di Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai boleh dimuat turun.
Muat turun sekarang.
Read more |
1 year ago
1 year ago | Kategori: Berita Semasa | Kawasan: Apartmen Idaman
Proses pemindahan hak milik (tukar nama) terdapat beberapa proses yang perlu diambil tindakan sebelum dapat dibuat ke atas nama para pembeli. Dokumen-dokumen berikut adalah diperluan bagi tujuan semakan dengan rekod pihak Medan Prestasi Sdn Bhd:
1. Salinan Perjanjian Jual Beli (SPA).2. Salinan Kad PEngenalan Penama mengikut SPA.3. Salinan Perjanjian Pinjaman dan Surat Tawaran Pinjaman.4. Alamat surat menyurat serta nombor telefon yuang terkini.5. Kemaskini rekod pembayaran yuran penyelenggaraan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi eksekutif penguursan harta:
Cik Rohaiza Alika Muhammad Roslan (03-6140 3508/ 017-6361 366)
Read more |
1 year ago
1 year ago | Kategori: Aktiviti | Kawasan: Apartmen Idaman
Jemputan program penerangan dan pelancaran Program Kitar Semula Minyak Masak
Untuk makluman tuan, Persatuan Penduduk Apartmen Idaman (IRAS) akan menganjurkan Program Kitar Semula Minyak Masak. Maklumat tarikh dan masa penerangan berkaitan program adalah seperti berikut:
Tarikh: 10 Mac 2012 (Sabtu)Taklimat/Penerangan: 3:00 petang (Penceramah dari LUAS)Tempat: Dewan Blok L,Apartment Idaman
Sehubungan itu, kami menjemput anda hadir dan meraikan prgoram kitar semula minyak masak ini. Pertanyaan sila hubungi 013-3033884 (Azizan bin Suradi)
Segala pertimbangan dan kerjasama yang anda berikan amat kami hargai
Read more |
1 year ago